Lafaz dan hafalan doa mudah belajar, doa sebelum belajar ilmu serta doa penerang hati ini adalah sesuai dengan golongan yang sentiasa mendahagakan ilmu pengetahuan. Ilmu merupakan satu keperluan dan fardu ain keatas semua orang yang bergelar Muslim. Jika inginkan kebahagiaan di dunia, haruslah dengan ilmu. Dan jika inginkan kebahagiaan di akhirat, juga haruslah dengan ilmu. Kalu inginkan kedua-duanya, juga haruslah dengan dapat menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat. Amalan ilmu yang bermanfaat ibarat pelita yang menerangi hidup kita di waktu malam. Ianya dapat mengelakkan kita daripada tersesat dan menunjukkan yang mana hak dan yang mana yang Orang Yang BerilmuAllah mengangkat darjat orang-orang yang berilmu kerana usahanya dan ilmunya itu dapat memberi manfaat kepada orang lain. Ilmu yang berguna dapat menyelesaikan banyak masalah dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan kualiti dalam kehidupan diri sendiri dan orang cabang ilmu dapat didalami pada masa sekarang. Ilmu yang dituntut mestilah yang menjurus kepada dunia dan dalam masa yang sama ilmu yang menjurus kepada ilmu di dunia adalah seperti ilmu matematik, ilmu sains, ilmu sejarah ilmu geografi, ilmu ekonomi dan banyak lagi. Manakala ilmu yang menjurus kepada agama adalah ilmu fekah, ilmu hadis, ilmu akidah, ilmu fardu ain serta ibadat, ilmu muamalat dan juga banyak lagi ilmu sebab itu, ilmu itu tidak akan habis apabila dicari dan digali. Malahan ianya akan terus subur dan mekar apabila sentiasa dituntut dan disebarkan kepada orang pencarian ilmu, seseorang muslim itu perlu berusaha, berdoa dan tertawakkal untuk mendapatkan ilmu dan memperoleh keberkatan daripadanya. Berikut disertakan beberapa doa dalam pencarian ilmu seperti doa mudah belajar, doa sebelum belajar dan juga doa penerang hati agar diberi kemudahan dalam kefahaman Doa Mudah Belajar RumiDisertakan bacaan doa mudah belajar dalam rumi beserta maksud yang terdapat di langit dan di bumi adalah milik Allah SWT. Begitu juga dengan rahmat Allah, ianya milik Allah dan kita sebagai hamba harus berdoa dan berusaha untuk mendapatkan hikmah dan rahmat daripadaNya. Berdoalah dengan sepenuh pengharapan, amalkanlah doa mudah belajar ini, sesungguhnya Allah itu maha Doa Penerang Hati RumiDisertakan bacaan doa penerang hati dalam rumi beserta maksudnyaDoa ini memohon untuk kemudahan kita agar mudah memahami ilmu dan supaya dipermudahkan urusan dalam menuntut ilmu. Selain itu, doa penerang hati ini juga harus dijadikan amalan jika kita dalam usaha untuk melancarkan percakapan dan memahamkan orang lain. InsyaAllah, mudah-mudahan keterangan hati itu adalah milik Doa Sebelum BelajarBacaan dalam rumi untuk doa sebelum belajarAmalan doa ini selalu dilakukan oleh anak-anak pelajar di sekolah baik di sekolah tadika, sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Doa sebelum belajar ini menunjukkan kita memohon daripada Allah agar memudahkan urusan dalam pembelajaran di sekolah. Insyaallah, Allah perkenankan doa hamba-hambanya yang selalu berharap Juga 5 Doa Ketika Sedih Yang Mendalam4. Doa Kuatkan Ingatan Untuk MenghafalBacaan dalam rumi juga disertakan untuk doa kuatkan ingatan iniSeperti dalam ayat Qursi, Allah menguasai atas segala sesuatu yang ada di langit dan di bumi serta tidak pernah tidur dan lalai. Maka, kita sebagai hambanya harus berdoa dan memohon agar tidak lupa dan dikuatkan ingatan. Doa kuat ingatan ini adalah salah satu usaha yang dapat diamalkan oleh kita. Doa Supaya Dipermudahkan Urusan BelajarDoa supaya dipermudahkan urusan belajar -Bacaan dalam rumiAyat doa diatas adalah petikan dari surah AL-Kahfi. Dan ianya adalah doa Ashabul Kahfi. Doa ini memohon agar kita dipermudahkan urusan dalam menuntut ilmu dan diberikan petunjuk olehNya dalam pelajaran. Doa supaya dipermudahkan urusan belajar ini boleh juga diamalkan sebagai doa untuk peperiksaan. Mudah-mudahan kita sentiasa dalam lingkungan rahmatnya. Doa Penerang Hati dan Penuntut IlmuOrang yang mempunyai keterangan hati mempunyai kemudahan dalam menuntut ilmu. Dan orang yang menuntut ilmu dijanjikan darjat yang tinggi di sisi Allah SWT. Ilmu yang ada pada seseorang itu akan menjadi bantuan kepadanya untuk mendapatkan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Pengamalan ilmu yang dimiliki juga dapat membantu orang-orang di sekeliling terutamanya ahli keluarga dan sahabat handai. Ilmu yang diberikan kepada anak-anak pula akan menjadi bekalan kepada kita ketika di akhirat perkongsian doa penerang hati doa sebelum belajar dan doa mudah belajar ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca sekalian. Saya doakan para pembaca sekalian sentiasa dilimpahkan rahmat dan rezeki serta sentiasa dalam perlindungan Allah SWT. InsyaAllah Doa Penerang HatiBACA Juga 8 Doa Supaya Dipermudahkan Urusan Dalam Kehidupan SeharianPautan di atas adalah perkongsian doa-doa yang boleh diamalkan untuk memohon kemudahan dalam melakukan urusan harian kita. Mudah-mudahan kita sentiada mendapat bantuan daripada Allah SWT dalam apa jua perkara yang kita kerjakan.